Bermula pada 1 hingga 3 April yang lalu, SM Sains Sultan Iskandar telah menjadi tumpuan oleh seluruh SBP Zon Selatan kerana buat julung-julung kalinya menjadi tuan rumah bagi pertandingan tersebut.
Warga ISKANDAR sangat teruja dengan kehadiran daripada 13 kontinjen yang mengambil bahagian dalam pertandingan berikut. Setelah selesai sesi pendaftaran, peserta-peserta bergerak ke tempat penginapan yang disediakan. Mereka juga melakukan latihan masing-masing di tempat-tempat tertentu sebagai persiapan untuk pertandingan yang akan berlangsung yang akan berlaku pada hari berikutnya.
Hari kedua agak memenatkan kerana pertandingan dijalankan bermula terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari. Majlis penutup berlangsung dengan jayanya pada hari ketiga dengan adanya persembahan yang menarik daripada pelajar-pelajar cemerlang ISKANDAR.
Keputusan pertandingan ialah STF yang mengungguli tempat pertama, SDAR ditempat yang kedua , manakala SAMURA di tempat yang ketiga. Walau bagaimanapun terdapat tiga hadiah saguhati yang diberikan kepada Sains Johor, ISKANDAR dan Kolej Tunku Kursyiah. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan jutaan terima kasih kepada sebilangan besar warga ISKANDAR yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.