Hari Guru SMSSI

Sudah menjadi lumrah setiap sekolah di seluruh Malaysia akan meraikan sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei. Tidak terkecuali SMS Sultan Iskandar, Mersing(SMSSI) turut meraikan dengan meriahnya.

Tema Hari Guru seluruh Malaysia pada tahun ini adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" manakala tema SMSSI pula adalah "Alexander High School - back to school". Tema sekolah ini merupakan idea daripada ayahanda tersayang kami Tuan Haji Abu Othman bin Ibrahim. Beliau amat kreatif memilih tema untuk Hari Guru peringkat sekolah.

Tema ini bertujuan untuk mengembalikan nostalgia suka duka guru-guru pada masa silam mereka di era persekolahan. Tema ini mewajibkan para guru memakai uniform seragam sekolah yang lengkap,
(Kemeja putih plain+seluar green olive/hitam bagi guru lelaki dan baju kurung putih+kain biru bagi guru perempuan)manakala pelajar memakai baju batik rasmi sekolah.




Semua aktiviti telah diatur oleh pelajar tingkatan 5 dan dibantu oleh oleh sesetengah pelajar tingkatan 4.

Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan:

7.30-8.00
-Pergerakan guru masuk ke dewan Sri Inegrasi
-Diiringi paluan kompang dari pasukan kompang sekolah
-Disambut oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2

8.00-11.00
-Menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah
-Ayahanda pengetua membaca perutusaan daripada kementerian Pelajaran
-Guru-guru menyanyikan lagu Hari Guru(Guru Malaysia)
-Acara memotong pulut kuning
-Penyampaiaan anugerah kepada guru-guru
-Persembahan dikir barat dari pelajar-pelajar tingakatan 1 dan 2
-Persemabahan sajak dari guru-guru
-Persembahan dikir barat dari guru-guru
-Tayangan multimedia dari pelajar-pelajar tingkatan 5

11.00-11.30
-rehat
-guru-guru menukar pakaian untuk aktiviti luar

11.30-1.00
-Perlawanan futsal(guru vs pelajar)
-Gubahan buah
-Treasure hunt
-Dart
-Musang berjanggut
-Food factor
-Kembali ke dewan Sri Integrasi
-Acara meneka tajuk lagu rosak
-Meneka video

1.00-1.30
-Penyampaian hadiah bagi pemenang atas aktiviti yang telah dijalankan
-Bersurai
-Guru-guru menikmati juadah yang disediakan

Sambutan Hari Guru pada tahun ini berjalan dengan lancar. Sambutan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan pelajar-pelajar SMSSI. Pihak sekolah berharap majlis sambutan Hari Guru pada tahun hadapan akan lebih meriah berbanding tahun ini.
Sekolah Menengah Sains SulTan Iskandar