Majlis Tilawah Al Quran 2011


SM Sains Sultan Iskandar telah menyertai beberapa pertandingan semasa Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah.
Tempat : Pusat Kegiatan Guru,Mersing
Tarikh : 31 mac 2011
            Dalam pertandingan nasyid, tuah telah menyebelahi pihak kami dengan mendapat tempat pertama. Dengan ini kumpulan nasyid sekolah (United for Islam) telah terpilih menjadi wakil Mersing ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri Johor.
            SM Sains Sultan Iskandar turut menjuarai Pertandingan Hafazan Lelaki dan Perempuan kategori menengah bawah. Bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran pula sekolah kita memperoleh tempat ketiga.
            Pelajar-pelajar ini dipimpin di bawah pimpinan Puan Rosnah dan suaminya, En. Syahrom. Manakala guru yang menjadi pengiring ialah Ustaz Ahmad Naufal Bin Ahmad Taib.

Sekolah Menengah Sains SulTan Iskandar